Tuesday, November 30, 2010

BENGKEL MAHASISWA UNGGUL

Assalamualaikum..SEMUA pelajar Muslim dijemput hadir!!

BENGKEL MAHASISWA UNGGUL


“Menjengah Tingkap Jauhari Potensi Diri”

[Anjuran BAKTI: Biro Akademik & Kebajikan]

Tarikh: 11 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi- 11.00 malam
Tempat: Exam Hall
Bayaran: RM10 (makan tengah hari, minum petang, makan malam)
Makanan + Sijil + Saps point akan disediakan...

Hubungi Exco BAKTI: Shakir~014-7387048;  Nadiah~010-2759029

Objektif:
1. Memandu arah tuju mahasiswa terutamanya apabila melepasi alam universiti.
2. Memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang realiti berkerjaya.
3. Membawa mahasiswa kepada pengertian hidup  sebenar yang bukan hanya dengan belajar dan mengambil peperiksaan sahaja.

Friday, November 26, 2010

Assalamua'alaikum. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu"

Fusshilat : 30


  Bila bercakap tentang istiqamah istiqamah istiqamah, sebenarnya apa itu istiqamah? Istiqamah itu sebenarnya suatu darjat,yakni kedudukan yang tetap dalam sesuatu perkara. Bererti apabila kita sudah merasa selesa, dengan apa yang kita lakukan. contohnya, terasa manisnya bila dapat berdoa kat Allah, rasa lazat bila beribadah dan rasa itu kekal walaupun sedikit.Orang2 yang mencapai tahap istiqamah juga akan kukuh imannya, tenang menghadapi apa sahaja mehnah tribulasi ujian dari Allah azza wa jalla. 

   Sangat best kan bila dapat capai tahap tu? semestinya. Tapi, pasti, ada harga yang perlu dibayar, untuk mencapai tahap istiqamah, seseorang individu perlu melalui 2 peringkat sebelum itu iaitu i) taqwim  ii) iqamah

   Taqwim membawa maksud kita bermujahadah(bersungguh-sungguh) untuk mendidik nafsu,untuk melawan segala perkara yang buruk, lagha, atau yang bertentangan dgn kebaikan yang sepatutnya kita buat pada masa yang sama. Contohnya, pada kebiasaanya, malam hari adalah masa untuk kita melayari internet,Facebook,atau chat, tapi kita didik nafsu untuk datang ke majlis ilmu, ataupun membuat apa sahaja yang lebih berfaedah dari perkara2 kebiasaan kita. sentiasa mendidik nafsu untuk menjadi lebih baik dari kondisi semasa.

   Iqamah  pula membawa maksud, seseorang itu mula menyucikan hati dari segala sifat buruk. sifat-sifat seperti  bangga diri , hasad dengki , sangka buruk , pentingkan diri sendiri adalah antara contoh terbaik sifat2 buruk yang biasa ada pada diri manusia. Langkah pertama pada tahap ini adalah CUBA untuk kenali diri kita, apakah sifat buruk kita dan usahalah bersungguh-sungguh untuk membuangnya. Cari lah method2 untuk membuang segala sifat2 buruk ini yang berlambak terdapat dalam internet, ustaz2, rakan2 yang dipercayai. tanya mereka, tidak rugi bertanya. kan?

   Peringkat terakhir adalah Istiqamah iaitu kedudukan yang tetap , tak kira dari sudut keimanan, ketabahan hati , kecekalan azam. antara kunci utama bagi mengapai tahap ini adalah dengan sabar.Sabar bererti menahan diri , hati dari segala sesuatu. Untuk lebih lagi memperjelaskan sifat sabar, sabar terbahagi kepada 4 pecahan iaitu

i) Sabar dalam beribadah - cth; bila Allah campakkan rasa malas, cuba juga utk beribadah.
ii)Sabar dalam menjauhi larangan Allah - kenangkan balasan azab neraka Allah
iii)Sabar dalam berhadapan dengan tarikan dunia - dunia adalah sementara,senda gurau. akhirat selama-lamanya
iv)Sabar dalam menempuhi segala ujian Allah samada dalam bentuk ketetapan, musibah dll. - mgkin Allah mahu lihat sejauh mana kita beradab denganNya bila diuji..takkan nak puji ALlah bila senang je kan? 

  Sejauh mana ayat diatas dikaitkan dgn apa yang ditulis ini adalah sangat berkaitan. iaitu, jadikanlah ayat dari Allah diatas sebagai perangsang untuk kita berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai istiqamah dalam hidup. ketahuilah, bila seseorang itu sabar, tetap berusaha untuk istiqamah walau diuji dengan duit , halangan ibu bapa , kelemahan diri (cth sifat mudah lupa) , dia tetap tidak berhenti untuk mendidik diri dan menyampaikan kebaikan kepada orang lain,dengan niat yang tulus keran Allah, maka berkaitlah pada ayat diatas. yang mana sesetengah ulama' menafsirkan ayat diatas sebagai apabila individu tersebut berhadapan dgn kematian, maka malaikat akan datang kepadanya, dan membisikkan kepadanya, "janganlah kamu bimbang , janganlah kamu bersedih menghadapi kematian ini dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu"

Sesetagah ulama' juga menafsirkan, para malaikat ini akan membisikkan kepada orang yang mujahadah untuk berjuang atas nama Islam untuk Allah, "janganlah kamu bimbang , janganlah kamu bersedih.." pada ketika beliau hidup..

dan insya Allah,terasalah ketenangan dari Allah pada hati2 orang yang berusaha bersungguh-sungguh itu.

Terakhir, bila mahu istiqamah, bayangkan kesusahan-kesusahan kita didunia untuk berbuat kebajikan ini seperti , amanah yang besar, komitmen yang pelbagai dan lain2 adalah bersifat sementara jika mahu dibandingkan kesenangan yang selama-lamanya di akhirat kelak bagi orang-orang yang berjaya. tika dirimu terasa beratnya ujian, ingatlah, bahawa Allah menurunkan sedahsyat-dahsyat ujian adalah pada para rasul. jika kita sekarang menitiskan air mata, para anbiya' dahulu ada yang sampai cedera parah, mengalirkan darah segar dari badan, cth: kekasih Allah, Rasulullah SAW. Perjuangan para rasul terdahulu tidak dibentangkan dgn karpet merah, tapi kita sekarang at least boleh makan sedap lagi. ish3 mahu merungut lagi yek? (terasa2 utk diri sendiri.)

Wallahu'alam


limpahkan aku rahmat ikhlas,hindarkan aku riak bias,dalam rahman-Mu ya Allah,nikmat syukur yang indah!

Sunday, November 21, 2010

JADILAH MAHASISWA ISLAM YANG HEBAT!

Bismillah walhamdulillah...Selawat dan salam keatas Insan Mulia sepanjang zaman Rasulullah SAW.
 
JADILAH MAHASISWA ISLAM YANG HEBAT!

 Islam menggalakkan umatnya sentiasa penuh karisma yang positif, profesional, berperibadi mulia dan berakhlak dengan akhlak Islamiah. Hal ini sangat penting untuk mencerminkan imej Islam yang suci lagi murni. Penampilan diri yang positif mencerminkan hati nurani seseorang.

 Menurut kajian, orang yang kotor rumahnya, kotor jualah hatinya. Begitulah juga sebaliknya. Jika penampilannya mantap, seluruh hasil kerja yang ditunjukkan biasanya akan memuaskan hati semua pihak. Contohnya kalau kita berjanji dengan seseorang, akan ditepati dan tidak akan membuatkan orang itu tertunggu-tunggu. Jika semua itu dipraktikkan, pasti semua orang suka bekerjasama dengan kita.

 Karisma yang positif ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat ketika mereka mahu menziarahi sanak saudara di Makkah. Baginda bersabda yang bermaksud:


 "Sesungguhnya kamu akan pergi menemui saudara-saudaramu. Oleh sebab itu, perbaikilah ar-rihal (alat kelengkapan kenderaan yang digunakan ketika menunggang kuda) dan baguskan semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah dalam kalangan manusia kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang busuk dan buruk."


 Yakin dengan Allah!

  Sebagai hamba Allah, kita perlu yakin bahawa sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Allah terlebih dahulu. Namun, pada masa yang sama kita perlu berusaha, meminta dan memohon daripada Allah segala yang terbaik buat diri sendiri. Itulah rahsia kehebatan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang bukan Islam.

 Meskipun manusia mampu mengawet dan membuatkan khazanah otak orang yang kononnya genius sekalipun, tetapi Allah yang sebenarnya memberikan keizinan itu.Jadi orang yang dianggap hebat dan bijak tadi tidak layak mencapai tahap kehebatan yang hakiki. Oleh sebab itu, orang yang hebat di sisi Allah sentiasa tawaduk, takut dan cinta sepenuh jiwa dan raga kepada Tuhannya, Allah S.W.T.

 Tegasnya orang yang hebat ialah orang yang menyerahkan sepenuh hati dan mindanya kepada Allah S.W.T. tanpa keraguan. Padanya dia masih belum dianggap hebat kerana selain berusaha dia menyerahkan sepenuh hati dan minda kepada Ilahi.

  Jadi, jangan takut untuk gagal. Tanpa kegagalan, kita mungkin tidak akan menghargai nikmat kejayaan. Jangan takut untuk buat silap. Belajar daripada kesilapan, bukan buat kesilapan yang sama. Itu semua perencah dalam menjadikan kita mahasiswa Islam yang hebat.</span>

 Suburkan jiwa dengan sifat pemaaf~

    Kehidupan di universiti, sudah pasti kadang-kadang kita mempunyai masalah dengan kawan-kawan. Jangan jadikan ia sebagai penyebab hati kita makin kotor kerana dendam serta tidak mahu meminta dan memberi maaf. Siapa tahu dek kerana kerendahan hati itu, ianya boleh jadi salah satu usaha dakwah kepada orang lain.

  Orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada orang yang berbuat salah kepadanya adalah orang yang hebat. Mengapa? Hal ini kerana tidak ramai yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.

    Walaupun pada pandangan manusia, orang yang pemaaf ini tiada apa-apa keistimewaannya, tetapi lama-kelamaan insan pemaaf akan dipandang tinggi oleh manusia. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepada baginda.

     Sikap pemaaf ini hanya dimiliki oleh jiwa yang bersih dan suci. Orang yang pemaaf mempunyai hati yang kaya, kerana ia tidak ambil hati terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain kepadanya. Lantaran kekayaan jiwa yang memenuhi hatinya, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak memberi kesan kepada hatinya. Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah sifat berkasih sayang sesama manusia.

    Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat tinggi di sisi Allah S.W.T.Dalam kerendahan hati ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini lebih indah jika ada sifat bermaafan antara kita.


 Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf?

 1) Tidak perlu hendak menang setiap masa.
 2) Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.
 3) Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.
 4) Berdoa supaya disabarkan hati.
 5) Bersangka baik.
 6) Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita.


 Sentiasalah muhasabah diri...

 Sayidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan." Demikian sikap orang yang hebat, dia tidak akan menganggap muhasabah diri atau post-mortemaktiviti sehariannya sesuatu yang remeh-temeh. Maka dia sentiasa bermuhasabah setiap yang dilakukan dari awal pagi hingga tidur, adakah ia selari dengan matlamat hidup menurut syariat.

   Oleh sebab itu, muhasabahkanlah apa yang kita lakukan itu dengan rutin harian seorang yang bergelar insan hebat. Orang yang cemerlang akan sentiasa bermuhasabah akan amalannya kerana bimbang terseleweng daripada niat suci yang asal. Samalah juga situasinya kepada kita sebagai seorang mahasiswa Islam. Adakah kita menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. atau kerana CGPA dan segulung ijazah semata-mata? Mahasiswa Islam yang hebat bukan hanya dengan CGPA kelas pertama tetapi pemikiran dan gaya hidup juga perlu kelas pertama.

   Muhasabah diri amat penting dalam hidup seorang Muslim, supaya hari-hari yang dilalui menjanjikan hari yang lebih baik daripada sebelumnya. Sesungguhnya umat Islam akan cemerlang jika menyedari diri mereka berada di tahap mana. Dalam keadaan itu, mereka akan lebih melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. Jika kita gagal, jangan salahkan pensyarah yang mengajar tak best. Jangan salahkan orang lain sebelum check dan koreksi diri sendiri.

 Jangan paksa orang lain menerima pendapat kita...

     "Rambut sama hitam, hati lain-lain." Begitulah bunyi peribahasa Melayu untuk menunjukkan perbezaan pendapat, hati, perasaan dan lain-lain antara manusia. Memang itulah realitinya, Allah mencipta setiap manusia berlainan antara satu sama lain.

    Seseorang itu tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima dan bersetuju dengan pemikiran yang kita bawa. Malah dalam doktrin Islam kita diajar, "Tiada paksaan bagi orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam." Tetapi perlu difahami bahawa sekali seseorang itu telah memeluk Islam, tiada lagi persoalan "Tiada paksaan untuk mematuhi perintah Allah."

   "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)" (Surah Al Baqarah, ayat 256)


    Orang yang suka mendesak orang lain menerima pendapatnya, tidak akan dihormati orang lain, malah akan diumpat dan dicela. Sebaliknya berbaik sangka dan meraikan pendapat orang lain menunjukkan pengorbanan emosi dan hati yang amat tinggi. Namun, untuk meraikannya perlu ada batas tertentu. Yakni ia mestilah tidak bertentangan dengan syariat dan adab-adab Islam. Kaedah usul fiqh ada menyebut, "Apa yang baik itu adalah apabila syarak mengatakan baik dan yang buruk itu adalah sesuatu yang dikatakan buruk oleh syarak."

    Sebagai mahasiswa Islam, kita bukan sahaja hidup untuk belajar dan exam tetapi tugas kita sebagai khalifah Allah adalah yang lebih utama. Mahasiswa adalah antara golongan yang paling lantang menyuarakan pendapat. Suarakanlah dengan bijaksana dan berhikmah. Teruskanlah menyampaikan dengan kebenaran dan kesabaran kerana yang membuatkan orang nak terima atau tidak adalah petunjuk daripada Allah S.W.T.

    Begitulah antara kriteria-kriteria dalam usaha menjadi mahasiswa Islam yang hebat. Kita sudah tahu. Sekarang tinggal untuk kita mahu pula. InsyaAllah, kemampuan itu Allah akan bagi asalkan kita usaha bersungguh-sungguh. Sama-samalah kita berusaha ke arah menjadi mahasiswa Islam yang hebat, dunia dan akhirat. Ameen...


Nota kaki: Adaptasi daripada artikel oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.


"Seandainya mulut saja mengaku global, tetapi keglobalannya sehingga tidak mengendahkan dosa-dosa kecil, globalnya hanya di dunia dan tidak di akhirat"


Wednesday, November 17, 2010

Bengkel Revolusi Diri (BREED)

Islam itu lembut, tapi Islam tak selalunya lembut , ini membawa maksud bahawa Islam itu tepat, bersesuaian dengan apa-apa suasana, pada bila-bila masa dan dalam keadaan yang bagaimana sekalipun.Bila disebut tentang kepimpinan dan masa depan, ramai orang terlupa bahawa Islam telah mengajarkan semua ini,dan ajaran itu telah merangkumi segala aspek, walau sehalus-halus penjelasan.
          Oleh itu kepada isi penganut Islam, hanya perlu mencedok apa yang diajarkan Islam seterusnya mengaplikasikan kedalam kehidupan mereka seterusnya menyampaikan apa yang sudahpun diajar ini.Usah terkejar-kejar formula dari barat kerana Ilmu yang diajar Islam sudah lebih dari pada cukup, termasuklah panduan untuk mendapat hidup yang sebenar samada semasa menjadi mahasiswa atau fasa kemudiannya, iaitu kerjaya.
         
      Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud ;
Sekiranya telah keluar tiga orang dikalangan kamu maka lantiklah (ketua) dikalangan mereka” (Hadith riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan)

            Dalil ini lebih mempasakkan lagi keutuhan hujah bahawa Islam amatlah mementingkan kepimpinan.Selain itu,jika kita ambil masa seketika,menjengah zaman dahulu kala, lihatlah hasil didikan sepenuhnya dari ajaran Islam,lahirnya insan-insan yang amat berpengaruh dalam bidang kepimpinan ini. Sultan Muhammad Al Fateh , Umar bin Al-Khattab yang mana tidak perlu disebut disini kehebatan mereka dalam bidang kepimpinan, disamping terkandung iman yang unggul dalam diri.Individu seperti inilah yang kita mahu lahirkan! Golongan agama yang professional. Disamping sibuk bekerja,tapi tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang individu muslim.




Matlmat Program adalah untuk :
1. Memandu arah tuju mahasiswa terutamanya apabila melepasi alam universiti.
2. Memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang realiti berkerjaya.

3. Membawa mahasiswa kepada pengertian hidup  sebenar yang bukan hanya dengan belajar dan mengambil peperiksaan sahaja.

“Menjengah Tingkap Jauhari Potensi Diri”

Apabila kita sebut “menjengah tingkap jauhari potensi diri”, ini membawa maksud, kita cuba mencari dan mengeluarkan potensi yang hebat dan positif dari dalam diri.Ingin ditekankan disini,apa yang mahu kita keluarkan adalah bukan sahaja potensi diri yang hebat, tapi potensi diri yang hebat dan positi

Tarikh : 11 Disember 2010
Tempat : Dewan Peperiksaan MMU Melaka
Masa : 12.00 tengahari - 11.30 malam
Bayaran : RM10  (termasuk makanan tengahari, minum peang dan makan malam)

 SPEAKER JEMPUTAN

           LEAD MODERATOR                 :           MOHD ZAINAL BADRI MUSTAFAR, EX-MMU
                                                           
EX-SRC PRESIDENT 2000/2001 & 2001/2002
UNION MANAGEMENT, GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT, TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Certified Business Coach ; Leadership University
Certified Trainer for 4D of Execution ; The Eight Habit - StephenCovey
Certified Trainer ; Company Re-Branding and Marketing Management
Certified Consultant ; Balance Scorecard for Corporate Organisation
Certified Industrial Relations Practitioner for GLC Circle
Internal Consultant ; Company Change & Transformation Program

 LEAD FACILITATOR             :           KAMARUL ZAMAN MOHD AMIN (ON PRO-BONO BASIS)

SENIOR CONSULTANT, FOCUS LEARNING SDN BHD




Sunday, November 14, 2010

Urus Keutamaan


Rahsia melakukan perubahan itu selalunya berkaitan dengan disiplin.

Kebanyakan kita sibuk, tetapi kehidupan kita tidak berdisiplin. Kita mempunyai senarai 'perkara yang mesti di lakukan' (to do list) yang semakin hari makin banyak, cuba membina momentum dengan asyik memanjangkan lagi jumlah perkara yang perlu dibuat - dan menambah lagi. Ia jarang berkesan. Mereka yang berjaya meningkatkan diri, akademik dan organisasi daripada baik kepada bagus membuat senarai 'perkara yang perlu dihentikan' sama banyak dengan senarai 'perkara yang perlu dilakukan'. Mereka mempamerkan tahap disiplin yang tinggi dengan membuang perkara yang tidak berguna. Perkara yang tidak penting dan tidak bermanfaat, sila lemparkan ke dalam senarai 'tong sampah'.

Moga ia menjadi peringatan buat diri dan taulan :p



credit: http://bingkisandakwah.blogspot.com

Comment :

© 2011 Usrah Institution . All Rights Reserved.. Powered by Blogger.