Friday, April 15, 2011

Minggu Hati Ke Hati MMU Melaka

Assalamualaikum.






MINGGU HATI KE HATI
MMU MELAKA
26-28 April 2011

Program 1 :
Borak-Borak Cinta bersama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1)
26 April 2011
8.00MLM-11.30MLM 
Dewan Utama MMU Melaka

Program 2 :
Kempen Cinta! Dia atau dia?
26-28 April 2011
10.00PG-4.00PTG
Sekitar MMU Melaka

Program 3 :
Pameran & Jualan Destinasi Cinta
26-28 April 2011
10.00PG-4.00PTG
Dewan Utama MMU Melaka

Program 4 :
Teater Cintaku Milik Siapa? (Kumpulan teater dari UIA)
28 April 2011
8.00MLM-11.30MLM 
Dewan Utama MMU Melaka

Anjuran : STAD MMU Melaka

Hubungi : 
Azizul (0132181088)
Syahirah (0176799241)

MASUK PERCUMA !!!
SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

(SAPS POINT DAN PERSEGARAN DISEDIAKAN BAGI PROGRAM 1 & 4)

Bumbung Masjid Al-Irsyad Bocor

Khamis, 14 April 2011




  • kejadian bermula dalam pukul 10.30 malam apabila hujan mula turun dengan lebatnya.
  • bumbung sebelah kiri masjid bocor, air hujan mencurah-curah jatuh ke bahagian depan kiri masjid sehingga karpet basah digenangi air.
  • keluasan karpet yg basah amat besar, hampir ke tengah kawasan imam
  • kawasan luar sebelah kiri masjid turut banjir
Alhamdulillah, berkat dari sekumpulan pelajar bergotong royong menolak air keluar dari kawasan dalam masjid berjaya mengurangkan kadar kebasahan karpet masjid. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi. 

Marilah kita bersama-sama menjaga masjid kita.

Thursday, April 14, 2011

Special Tribute > WOW! Camp,Institusi Usrah

Walau program ini sudah lama berlalu, namun kenangan masih dirasai..

Ukhuwah itu indah,apabila bertemu dan berpisahnya kerana Dia :')
Rindu kan daerah memori itu...
kenangan bersama mereka..
bersama-sama mencari dan memburu secebis nilai tarbiyyah...

Sahabat yg beriman seperti bulan menerangi kegelapan,
Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharum,
Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke Jalan Allah...

terimbau memori melagukan dan memaknakan bersama lagu 'menjadi Diriku'
bersama mereka~ :) yang pasti!

jum dengar! ;)



senyuman itu~:)

brace yourself to be WOW'ed by WOW! Camp~ :)
alhamdulillah...
perancangan kita,percaturan kita...
akhirnya Dia yg sebaik-baik perancang dan pencatur..
kerana segalanya milikNya :')
atas segalanya,kembali kepada Dia!
Allah itulah zat yang Maha Kaya.
Benar,milik ALLAH segala yang ada.
tetapi bukan kerana itu Dia digelar Al-Ghani(Yang Maha Kaya)
Allah itu Maha Kaya kerana DIA tidak memerlukan sesuatu,sebaliknya segala sesuatu yang memerlukan Dia :')
kami hanya wasilah..
namun Dialah pemegang setiap hati-hati itu...
muga hati-hati ini terus bertaut keranaNya~ :')
muga atas ikatan ukhuwah ini kita saling menguatkan antara satu sama lain dlm mengabdikan diri kpdNya..
Tangan yg menghulur bunga mawar pasti berbau harum,jadilah tangan itu!
insyaAllah..Allahumma Ameen!

Dalam kehidupan seharian,
akal kelihatan sarat di sumbat dgn pelbagai muatan ilmu..
namun,harus diingat..
akal yang dipenuhi ilmu itu perlukan pimpinan hati yang sarat dengan iman...
mantapkan iman,agar akal itu terus terpimpin...
terkadang,bila akal itu terus dibiar sarat tanpa panduan iman yg sebenar,takut terjerumus ke lembah yg tampak realistik tetapi tidak selari dgn perintah Dia..nauzubilah!


bila berbicara mengenai dosa...
Mujurlah dosa itu tidak berbau...
jika tidak...
tiada siapa yg sudi mendekati kita~
mari bersama.
duduk.
kenang kembali...
namun,jangan bersedih atau berputus harap...
kerana Dia yang kita kenal bersifat Al-Ghafur(Yang Maha Pengampun)
muga secebis nilai tarbiyyah ini bisa mendidik jasad dan hati kita...
berdoalah kepadaNya agar diper'besar'kan iman kita setiap hari! :)

muga gunungan nafsu itu dapat kita tawan! -latar tempat; CP 1-Gunung Ledang
Setiap mata pasti akan menangis di padang mahsyar,
kecuali mata yg dipejamkan dari yg haram,
mata yang berjaga malam dlm jihad
dan...
mata yang menitiskan air mata taqwa... :')

Ya muqollibal qulub,tsabbit qolbi 'ala dinik~


Alhamdulillah..
jujur,terasa 'dekat' hati ini bila bersama mereka :)
mereka...adik-adik Big Circle 110 :)
Ya Rabb,syukran atas kurniaan ini...! :')
terima kasih juga diucapkan kpd tenaga kerja WOW!Camp...jasa kalian hanya Dia yg mampu membalasnya...tak lupa juga kpd kakak yg sy kerinduan~ sis Aina(miss poOh) dan shbtnya sis Ain yg sudi turun dr kejauhan demi membantu adik2nya ini :)

last but not least;
"terimalah aku,seperti apa adanya,aku hanya insan biasa,tak mungkin sempurna~" :)

"trikidi kidi kidi,trikidu kidu kidu,
i love you,
i love you,
i love you!
i love you in d morning and every afternoon,
i love you in d evening and under little moon,
i love you,i love you,i love you!
theres only 1 thing,2 do,3 WORDS, 4 you...
I LOVE YOU"

~special tribute utk adik2 muslimat :)~

*nukilan dari Nur Iszyani Binti PoadDa’wah and Leadership Bureau )

Cara Mengenali Telur Tiruan Dan Telur Asli

Sebelah Kanan Komputer adalah telur original dan sebelah kiri komputer telur tiruan
Sebelah Kanan Komputer adalah telur original dan sebelah kiri komputer telur tiruan
Untuk Paparan Lebih Jelas Sila Klik Pada Gambar

Telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan
  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

Nasihat 

Berjaga-jagalah apabila membeli belah, bersikap teliti dalam memilih barang yang akan dibeli dan dimakan. Selidiki dahulu barang tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli. Bahan kimia yang dicampur dalam telur tersebut boleh membahaya kesihatan badan. Ingat-ingat dahulu sebelum terkena, berjaga-jaga sebelum jatuhnya sakit dan mencegah sebelum berubat. Inilah tindakan yang baik dan perlu ada kepada setiap pengguna Islam.

Komik : Si Petak

Tuesday, April 12, 2011

AKu bersyukur....

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat...









Monday, April 11, 2011

IU Appreciation Dinner 2011






Assalammualaikum WBT. 

InsyaAllah Usrah Instituion Club will be organizing an IU APPRECIATION DINNER. Information as below:

Date : 24 April 2011 
Time : 7.50pm – 11.30 pm 
Venue : ANCASA HOTEL MITC MELAKA

Attire : Smart Casual
Theme : "Miracle in Korea"
Ticket's Price : RM 25 only

Activity :
-Best Dress
-Doorgift
-Lucky Draw
-Special Appreciation
-Nasyeed Performance

and many more



Click Here

TICKETS ARE AVAILABLE FROM 11 APRIL UNTIL 20 APRIL 2011!!


For tickets or more information you may contact:

NUR HAZILAH: 0133321220

MUHHAMMAD FIKRI :0132938935

IU Cyber : MARI BERSELAWAT

From IU Cyber






Assalamualaikum w.b.t 

USRAH institution in collaboration with Student Affairs Division will be organizing MMU BERSALAWAT Program 

Date : 12 April 2011 
Time : 7.00pm 
Place : Al-Hidayah mosque 


Now we would like to invite all the audiences to the festive occasion. 
Thank you 

Dari IU Cyber : CERAMAH USRAH UMUM 3 "LELAKI & WANITA..KEMANA HALA TUJU MERAKA?"

IU Cyberjaya






Assalamualaikum w.b.t, 


Institusi Usrah MMU Cyberjaya kembali mengadakan Usrah Umum yang bertajuk “ Lelaki dan Wanita, Ke Mana Hala Tuju Mereka? ”. Oleh itu, kami menjemput anda semua untuk menghadiri majlis ini. Butiran program adalah seperti berikut : 

Tarikh : 13 April 2011 (Rabu) 
Tempat : XR 1003 
Masa : 8.30pm-10.30pm 
Penceramah : Ust Suhaini bin Ahmad Wakid 

SAPS poin dan makan malam disediakan. 

Insyaallah kita sama-sama merebut peluang untuk menghadiri majlis ilmu yang penuh dengan keberkatan ini. 

Untuk maklumat lanjut : 
Syamsul - 0133270287 
Syamimi - 0179630252 

LAFAZ CINTA DI LEMBAH PENUH DOSA

Maghrib yang hening tadi, membawa saya untuk membelek kembali surah Yusuf. Merenung ayat ketiga sudah cukup untuk menginjak-injak jiwa, bercucuran air mata. Merenung sebuah kehidupan yang penuh liku dan simpang.

Saat ini, terjadi beberapa isu di sekeliling saya yang membawa saya untuk kembali membaca kisah belati cinta si Zulaikha kepada Yusuf as. Suatu kisah yang paling baik untuk kita jadikan ikhtibar buat diri dan taulan, sepertimana firman Allah SWT menerusi ayat ketiga dalam surah itu :







"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya."

Ayat-Ayat Cinta



Sebuah cerita cinta, lebih kerana hablum minallah, demi keagungan takbir di lembah-lembah penuh fitnah dan dosa. Itulah gambaran yang terpapar dalam sebuah cerita yang mengangkat kisah nabi Allah Yusuf as sebagai tulang belakang kepada plot cerita Ayat-Ayat Cinta.

Teringat beberapa isi penting dalam buku Aku Terima Nikahnya, sentuhan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil lewat pembacaan saya beberapa bulan yang lepas. Isi buku yang membawa saya untuk berfikir jauh membelah tahun demi tahun. Sarat dengan nasihat yang boleh disedut.

Allah SWT mengajar manusia supaya mengurus cinta sebaiknya. Ia ibarat petrol yang membakar. Kuasanya digunakan untuk menjana kuasa kerja. Ia mudah terbakar. Pantang disentuh, terus menyala. Oleh yang demikian, manusia awal-awal lagi dinasihati supaya berhati-hati dengan cinta.

Namun, manusia sering lupa. Mungkin kerana kurangnya kasih sayang dalam kehidupan menyebabkan manusia tidak menyempat-nyempat untuk bercinta, mengisi kekosongan jiwa mungkin. Dalam usia seputik jagung, fikiran yang belum matang dan dorongan nafsu yang membara, akhirnya ramai remaja yang dibius cinta.

Aku Dibius Cinta

Aku dibius cinta. Lagu nyanyian Melly Goeslow, memberi satu gambaran holistik akan gejala menyimpang muda-mudi.

Aku dibius cinta bukan lagi soal baru. Ia pernah berlaku sejak dahulu lagi. Dibius cinta juga merupakan bencana yang menimpa wanita bergelar Zulaikha.

Manusia yang dibius cinta sudah hilang pertimbangan waras fikirannya.

Keinginan yang membuta tuli hasil 'tarbiyah' keserakahan nafsu yang menjijikkan menyebabkan terangkat segala rasa malu yang membawa seseorang kepada kerendahan nilai diri. Aku dibius cinta juga mampu menyesatkan seseorang dalam cahaya yang terang benderang. Dek kerana mengejar cinta, tidak mustahil, wanita yang bertudung labuh mampu tercabut rasa malunya, lelaki berjanggut sejemput juga mampu hilang pertimbangan waras akalnya. Bahana cinta yang tidak terpimpin.

Cinta sebegini bukan sekadar buta, malah membutakan. Cinta ini bukan sahaja membius kewarasan minda. Malah, cinta ini juga mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata. Kesesatan itu menjadikan Zulaikha GILA.

Bius itu satu kelumpuhan. Resapnya merebak keseluruh badan. Manusia yang dibius cinta tak lut dengan cakap-cakap biasa manusia sekeliling. Malah, debat kita dan dia hanya menambah jauhnya kita dengan dia.

Bagi mereka yang bersungguh-sungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu untuk mencegah diri daripada biusan cinta, hanya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf as. Tidak tunduk kepada cinta songsang. Tidak tunduk pada paksa. Tidak tunduk pada suasana.

Kata Yusuf as,







" Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan terjadilah aku dalam golongan orang-orang yang jahil". 

Cinta itu besar nilainya. Cinta itu suci. Maka, janganlah kotorinya dengan nafsu yang membalut jiwa.

Penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Kembalilah kepada nasihat Allah SWT dengan memegang tali-tali Allah. Jangan sekadar berdolak dalik secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha untuk bermujahadah. Yusuf sanggup meringkuk dalam penjara bertahun lamanya demi menjaga diri dari terbius biusan cinta.

Berhati-hatilah dengan cinta. Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

Lafaz Cinta di Lembah Penuh Dosa

Tidak semua orang akan mampu kekal sebagai muslim dan muslimah yang teguh iman cintanya kepada Allah SWT. Di kala dia terus hidup berdampingan dengan lembah hina yang penuh dengan kemaksiatan, kejahatan dan kekufuran. Tapi, di tengah lumpur dosa yang pekat itulah, berpijar gelombang pahala dan kasih Allah bagi mereka yang istiqomah mengumandangkan nama Allah, bersujud kepadaNya, dan membangkitkan hidupnya untuk mengorbankan nyala iman di relung hati. Inilah aura hati yang penuh cinta, yang selalu menyala dari lembah hina yang penuh dosa.

Jadilah umpama air jernih yang mengalir, suci lagi menyucikan. Bukannya air yang bertakung, mengundang keladak, tercemar dan mengeluarkan bau yang memeningkan.

p/s ~ Entry ini saya tulis untuk melepaskan segala tekanan yang membatu dalam minda. Walaupun dalam kehangatan final exam, namun saya gagahkan diri demi sebuah ketenangan jiwa dan keharmonian emosi. Ia tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah pergi. Hanya potret jiwa yang mampu dikongsi bersandarkan pembacaan saya dalam beberapa buah buku. Antaranya, Aku Terima Nikahnya, Lafaz-lafaz cinta, Kitab cinta Yusuf dan Zulaikha. Isinya masih tergantung, akan disambung jika masih ada mood untuk entry sebegini. Huh! Apapun, cinta itu tiada salahnya, namun jiwa-jiwa lemah longlai yang tidak mampu berhadapan dengan realiti cinta akhirnya membawa kepada cinta songsang yang menyesatkan. Tenggelam dalam gelap zulumat. Nauzubillah.


Nukilan Presiden Institusi Usrah 10/11 MMU Melaka : Nik Amin

Saturday, April 2, 2011

Montaj Akademi Al Fateh 2









Friday, April 1, 2011

Kisah Si Gajah Dan Penjaganya

alt

"Mawar ni paling nakal dan suka membuli pelatih baru di sini," kata Hafizan Mohamed yang bertindak sebagai Mahut atau penjaga kepada Mawar, anak gajah betina yang baru berusia 11 tahun.
Katanya, Mawar yang menetap di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah sejak berusia dua tahun suka menampar pelatih atau pekerja baru menggunakan belalainya tetapi takut kepada pelatih yang lebih lama.
Mahut ialah panggilan untuk gembala yang bertugas secara khusus menjaga dan melatih hanya seekor gajah tertentu. Hafizan mula bekerja sebagai gembala gajah sejak lebih tiga tahun lepas dan Mahut kepada Mawar selama dua setengah tahun.
Enam bulan sebelum itu, dia menjalani latihan khas dengan anak gajah yang kecil untuk belajar cara berinteraksi dan memahami bahasa, emosi serta kelakuan gajah. Nama Mawar diambil daripada lokasi anak gajah itu diselamatkan ekoran terpisah dari keluarganya semasa berusia hanya dua tahun dan tersesat di kawasan kampung Felcra Mawai Johor. Mawar ketika itu memberi cabaran kepada kakitangan PKGK kerana ia cerewet memilih dan akan memukul jika tidak suka dengan cara mana-mana gembala yang cuba menjinakkannya.

Mendapat Kepercayaan Mawar

Hafizan juga tidak terlepas dari menerima tamparan yang dikira sebagai 'salam perkenalan' daripada Mawar seawal hari kedua latihan. Tetapi dia tidak putus asa dan cekal mengkaji kesilapan yang dilakukan, sehingga dia menemui kunci yang membuatkan Mawar patuh kepada arahan iaitu gula-gula berangin, 'Hacks'.
Mawar amat gembira jika dihadiahkan dengan gula-gula tersebut dan suka menghembus udara kepada gembala yang lain. "Pernah sekali saya sengaja tidak melayani Mawar yang merayu-rayu menuntut hadiah, akibatnya dua jam kemudian, saya dimarahi dengan satu lagi 'salam perkenalan' yang agak kuat," ujar Hafizan sambil mengakui itu adalah peringatan untuk tidak lagi mempermainkan Mawar.

Mawar Pandai Cemburu

Hafizan menyedari bahawa Mawar tidak ubah seperti kanak-kanak periang yang suka bermain dan mudah serasi jika kena gayanya, jadi beliau berusaha mengenalpasti tabiat dan minat Mawar serta perkara yang tidak disukainya. "Melatih anak gajah perlu banyak bersabar, adakala ia meragam dan pada waktu yang lain ia seperti sengaja berdegil, jadi antara cara yang berkesan untuk mendapat kepercayaan mereka ialah dengan memberi upah makanan kegemaran," kata Hafizan.
Pada masa yang sama, Mawar juga kuat cemburu dan akan marah jika terlihat Mahut memberi perhatian kepada anak gajah yang lain. Ini adalah perangai biasa bagi anak gajah jinak yang mempunyai hubungan erat dengan Mahut tertentu selepas beberapa tahun dilatih. Beliau juga mengakui latihan perlu tegas agar gajah patuh dan hormat kepada Mahut, tetapi menengking atau memukul gajah sesuka hati amat dilarang.

Gajah Memahami Perasaan Manusia

Mawar dan Mahut mempunyai banyak kenangan indah bersama, sesekali Hafizan akan membawa Mawar keluar berjalan-jalan dengan menunggangnya ke kedai makan terdekat. "Mawar sangat gembira dan sentiasa berkelakuan baik jika dibawa berjalan-jalan keluar dari kawasan PKGK, apatah lagi jika diberi upah roti," katanya dan menambah bahawa anak gajah tidak pernah menimbulkan masalah selagi ia dilayan baik oleh orang sekeliling.
Hafizan turut mengakui bahawa adakala beliau merasakan Mawar adalah teman yang paling memahami jiwa dan perasaannya.
"Pernah sekali saya mencari Mawar untuk meluahkan segala masalah peribadi yang terpendam dalam hati, Mawar duduk diam seolah-olah kusyuk mendengar dan kemudian ia berbaring bagai ingin bermanja dan memujuk saya.
"Ini membuatkan saya semakin sayangkannya apatah lagi sepanjang hari itu iasangat patuh dan langsung tidak meragam," sambung Hafizan sambil bertekad akan memastikan anak gajah yang mempunyai perasaan mendalam itu sentiasa selamat dan selesa.

Menyusuri Denai Gajah

"Gajah yang gembira ialah gajah yang tidak boleh duduk diam, sentiasa menghayunkan ekor, mengibas telinga dan suka makan," kata Hafizan sebelum memberi amaran agar berhati-hati dengan gajah yang berdiri tegak, senyap dan kelihatan tegang.
Penerangan itu segera menyakinkan penulis untuk menunggang dengan lebih selesa di belakang Mawar untuk perjalanan sejauh 1.5 kilometer menyusuri denai gajah yang terletak bersebelahan kawasan lapang aktiviti gajah bersama pelawat. Menyusuri denai gajah adalah rutin senaman gajah, bagaimanapun, ia mungkin akan dipertimbangkan sebagai aktiviti gajah bersama pelawat pada masa depan.
Mawar kelihatan sangat gembira mendapat perhatian penuh bukan sahaja dari Mahut malahan beberapa wakil media yang mengekori dan melayaninya dengan mesra. Malah sepanjang perjalanan, dia tidak henti-henti menunjukkan mood yang sangat baik iaitu menghayunkan ekor dan meragut apa sahaja yang sempat dicapai dengan belalai.

Merajuk Dan Lari Ke Hutan

Kata Hafizan, Mawar anak gajah yang baik dan mendengar kata, tetapi adakala dia boleh menjadi nakal terutama apabila berdekatan dengan rakan baiknya, Abot, seekor lagi gajah betina yang hampir seusia. "Abot mudah merajuk semasa berlatih serta sering lari ke kawasan denai menyebabkan Mawar akan turut meragam dan pasti ikut lari bersama," ujarnya.
Gajah yang merajuk enggan mengikut kata orang lain dan memerlukan masa bertenang, jadi mereka akan dibiarkan bersendirian kira-kira 30 minit sebelum Mahut mencari dan memujuk lembut untuk mereka kembali ke tempat latihan.

Latihan Sarkas Bukan Pilihan

Latihan di PKGK bukanlah berbentuk latihan sarkas yang dikira kejam, sebaliknya latihan untuk aktiviti pemindahan gajah liar dari kawasan konflik hidupan liar di antara gajah dan manusia. Mawar juga akan dilatih menjadi gajah denak supaya boleh bertugas membantu pemindahan gajah liar apabila ia dewasa iaitu sekurang-kurangnya lima tahun lagi.
Latihan itu melibatkan kemahiran mengikut arahan seperti duduk dan bangun, berjalan ke depan, kiri, kanan atau mengundur serta berhenti, angkat kaki untuk rawatan kecederaan, mengangkat dan mengalihkan rantai besi dan seumpama. Berbeza dengan semasa mula dilatih, Mawar kini mahir menjalankan banyak arahan, termasuk yang paling istimewa ialah bermain bola dan mengalih pokok.
Memandangkan aktiviti pemindahan memerlukan beberapa ekor gajah denak bekerja bersama-sama, Mawar dan Abot dijangka boleh dilatih untuk bertindak sebagai satu pasukan berdasarkan hubungan rapat mereka.

Sehari Dalam Hidup Mawar

Mawar akan bersua muka dengan Mahut yang akan membersihkan platform kurungan sambil memandikannya seawal pukul lapan pagi. Seterusnya Hafizan akan melayan Mawar bersarapan hingga dia menghabiskan tiga hingga empat kilogram dedak kuda, sebelum menunggang ke dalam denai hutan untuk bersenam dan meluangkan masa berkualiti.
Kira-kira pukul 10 pagi, Mawar akan dilepaskan di satu bahagian hutan khas Rezab Hidupan Liar Krau seluas 400 meter persegi dan dipagari dengan pagar khas. Di sini Mawar boleh berjalan, makan dan bersosial dengan gajah jinak lain PKGK sambil menikmati kehidupan semula jadi.
Sejam kemudian mereka akan dijamu lagi dengan tebu yang disediakan Mahut dan terus menikmati kebebasan sehingga dipanggil Mahut masing-masing sekitar pukul 1.50 petang. Hafizan akan memandikan Mawar di sungai dan menyediakannya untuk aktiviti bersama pelawat.
Rutin memandikan gajah mampu menguatkan lagi jalinan kasih sayang di antara mereka berdua kerana gajah dapat memahami betapa Mahut meluangkan banyak masa dan usaha untuk menjaga mereka. Selepas itu, Mawar akan bertindak sebagai penyambut tetamu PKGK iaitu menggunakan belalainya untuk membawa sebaldi air dan menyemburkan air ke arah
pelawat sebelum memberi tunduk hormat.
Mawar tidak terlibat dengan aktiviti mandi sungai bersama gajah tetapi pelawat berpeluang menyuapkan buah-buahan ke mulut atau belalai Mawar. Akhir sekali, Hafizan akan menunggang Mawar untuk keluar makan angin di kawasan sekitar sehinggalah pukul 3.30 petang sebelum kembali ke platform untuk makan.
"Semasa makan adalah waktu terbaik untuk manjakan Mawar," sambil berkata Mawar mesti kerap dibelai kerana ia mempunyai perasaan dan keinginan untuk disayangi seperti manusia. Hafizan mengakui Mawar sangat kuat tidur malah sering terlelap sambil berdiri semasa aktiviti.
Berbeza dengan gajah lain yang tidur dalam posisi berjaga-jaga iaitu berdiri dan mengambil giliran, Mawar terus baring dan tidur nyenyak tanpa mempedulikan gajah lain.

Fikirkan

Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.Ini dapat dilihat di dalam Al Quran dengan enam daripada 114 surah dalam al-Quran yang dinamakan sempena nama-nama haiwan seperti surah-surah al-Baqarah (lembu), al-An'am (haiwan ternakan), al-Nahl (lebah), al-Naml (semut), al-Ankabut (labah-labah) dan al-Fil (gajah). Haiwan juga disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang taat dan sentiasa bertasbih kepada Allah.
Makhluk Allah iaitu haiwan juga sentiasa taat mengerjakan ibadat dan memuji kebesaran Allah dan Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka lakukan [ Surah An Nur: Ayat 41]

Comment :

© 2011 Usrah Institution . All Rights Reserved.. Powered by Blogger.