Thursday, October 21, 2010

Konsert Nasyid 2010

Pengenalan
Kiamat bukanlah satu perkara baru yang dibincangkan manusia. Bahkan mempercayai akan berlakunya kiamat adalah wajib bagi umat Islam dan ianya merupakan rukun iman yang ke 5. Dalam al-quran dan hadis telah di perihalkan bahawa sebelum berlakunya kiamat, beberapa tanda- tanda  kecil dan besar akan berlaku ke atas manusia akhir zaman. Salah satu tanda hampirnya hari kiamat ialah, perpecahan umat Islam.

Islam merupakan sebuah agama suci yang menekankan semangat persaudaraan sesama muslim dan menyuruh umatnya untuk bersatu padu dalam menjalankan dakwah dan mengembangkan agama Allah. Pepatah melayu juga ada menyebut, ‘bersatu teguh, bercerai roboh’. Namun begitu,sejak akhir-akhir ini, kita sering terdengar  perihal penindasan yg dilakukan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia. Afghanistan, Iraq, Bosnia, dan Palestin adalah contoh negara yang menjadi mangsa kekejaman golongan kafir.

Manusia berada di dalam kehinaan di mana sahaja kecuali mereka menghubungkan diri dengan Allah dan berpadu di dalam ummah. Bumi Palestin yang menjadi tapak Masjidil Aqsa masih tidak dikuasai umat Islam kerana tiadanya perpaduan. Pemimpin – pemimpin Islam tidak duduk semeja membincangkan hal ummah secara serius dan saling berselisihan dek perbezaan mazhab dan pendapat. Ada perumpamaan yang mengatakan, sekiranya semua umat Islam meludah atas negara haram Israel, nescaya boleh tenggelam negara itu. Tanpa perpaduan, umat Islam akan binasa.

 Kesedaran umat Islam akan pentingnya perpaduan di zaman ini amatlah kurang. Gaya hidup masyarakat kini yang sibuk mengejar cita-cita dunia telah melalaikan mereka daripada menyedari perihal akhir zaman ini. Justeru, Institusi Usrah berasa terpanggil untuk menjalankan tanggungjawab memberi kesedaran dan berda’wah dengan mengajak masyarakat untuk kembali menghayati tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan khalifah di muka bumi ini dankembali kepada ajaran Islam yang sebenar, serta berpegang teguh pada aqidah yang dibawa Rasulullah S.A.W. Oleh itu, Institusi Usrah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah Konsert Nasyid yang bertemakan Fenomena Akhir Zaman.


Konsert Nasyid 2010

Tema : FENOMENA AKHIR ZAMAN

menampilkan
LIVE Performance dari


dan




Tempat : Dewan Utama, Universiti Multimedia (Kampus Melaka)
Tarikh : 30 Oktober 2010
Masa : 8.30 malam
Harga Tiket : RM 8.00


Sebarang pertanyaan dan tempahan tiket, sila hubungi : 

Aidil - 017-6399925
Nadiah - 0137105292

KURSUS PRA PERKAHWINAN



“KURSUS PRA PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN ISLAM MELAKA”


ANJURAN :
   



DATE: 23-24 OCTOBER 2010
TIME: 7.15 a.m-5.00 p.m
VENUE: CLCR 0004 (B2)
MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
MALACCA CAMPUS



* THE CERTIFICATE IS VALID FOR ENTIRE LIFE AND IT WILL BE PROVIDED BY MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)


Price:
RM 50 (MMU Student)
RM 60 (Non MMU Student)
RM70 (MMU Staff)
RM 80 (Outsider)


For online registration:


Or contact:

Muhammad Fikri
013-3211126

Nur Hazilah
013-3321220

Wednesday, October 20, 2010

Perkongsian Khas Daripada Tanzim Institusi Usrah Sidang 10/11

KITA ADA DIA~
Bismillahirahmanirahim…

       Kehidupan sebagai seorang pelajar Universiti memang mencabar. Dengan jadual kelas yang padat, assignments, kuiz, peperiksaan pertengahan semester, peperiksaan akhir semester… Semuanya bisa membuatkan kita tak senang duduk dan busymemanjang, kononnya.

    Sebagai seorang pelajar Muslim, kita seharusnya sedar akan tujuan dan kepentingan menuntut ilmu. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah “Iqra’” yang beerti baca, menunjukkan kepentingan ilmu, demi membebaskan kita daripada belenggu kejahilan.

   Kita sepatutnya niatkan menuntut ilmu adalah kerana Allah, belajar untuk memperoleh ilmu, bukan GPA, CGPA dan ijazah semata-mata. Bukanlah ingin mengatakan keputusan itu tidak penting tetapi usaha itu yang lebih Allah pandang. Baik usahanya, insyaAllah baik keputusannya.

   Sunnatullahnya, apabila kita lapar, kita perlu makan untuk hilangkan kelaparan itu. Begitulah juga apabila kita ingin berjaya dalam peperiksaan, kita perlu belajar. Namun, satu yang perlu kita ingat adalah orang yang tidak belajar sudah pasti tidak akan dapat menjawab soalan peperiksaan sebaiknya manakala orang yang belajar belum tentu akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya.

    Kita perlu yakin bahawa semua adalah kerana keizinanNya. Berapa ramai mereka yang sudah belajar bertungkus-lumus tetapi ketika waktu peperiksaan, mereka gagal menjawab dengan baik. Adakalanya kerana kecuaian, lupa, blank, tidak cukup masa dan sebagainya. Adakalanya sudah menjawab dengan baik tetapi keputusan masih belum memuaskan.

    Kita sebagai pelajar Muslim sepatutnya berasa beruntung kerana mempunyai Allah S.W.T. sebagai tempat pergantungan. Apabila kita yakin adanya Allah S.W.T., kita tidak akan mudah berasa lemah dan berputus asa. Kita yakin Allah yang mengizinkan segala sesuatu itu berlaku, jadi kita haruslah memohon kepadaNya agar kita dipermudahkan untuk faham apa yang kita pelajari serta memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila kita berusaha, hasilnya tidak semestinya keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi mungkin sesuatu yang lain kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

    Sahabat-sahabat yang dikasihi, janganlah kita hanya mencari Allah ketika kita susah, ketika peperiksaan semakin hampir, seperti mengharapkan magik berlaku. Allah itu bukan doktor, yang kita cari apabila kita sakit. Allah itu bukan pensyarah, yang kita cari apabila kita tidak faham tentang sesuatu pelajaran. Allah itu segalanya dan yang utama buat kita. Tanamkan dalam diri, jika kita ingat Allah ketika senang, nescaya Allah akan ingat kita waktu kita susah.

   “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, ayat 60)


  Sahabat-sahabat yang dikasihi, kita perlu tanamkan dalam diri sifat qanaah iaitu rasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan. Jika kita tidak mampu bersyukur dengan nikmat yang sedikit, mustahil kita akan mampu untuk bersyukur dengan nikmat yang banyak.

    Kita juga perlu memahami konsep istidraj iaitu nikmat yang Allah kurniakan kepada orang yang berbuat maksiat serta menangguhkan balasannya. Contonya, Si A adalah seorang pelajar yang selalu tinggal solat, tak hormat pensyarah dan ponteng kelas tetapi dia masih berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Jangan kita salahkan Allah dengan hal yang sedemikian kerana Dia Maha Berkuasa atas sesuatu. Cuma, tanyakan pada diri, yang mana satu pilihan yang kita mahu, kejayaan dengan redhaNya atau pun kejayaan dengan murkaNya?

    Kita sepatutnya positif dengan segala aturan dan ketentuan Allah S.W.T. Dia memberikan kita kegagalan kerana ingin mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa. Orang selalunya tidak akan menghargai nikmat kejayaan jika tidak merasai kegagalan. Mungkin juga belum masanya untuk kita berjaya, bukannya kita gagal. Yakinlah, Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baiklah dengan Allah dan teruskan berdoa kepadaNya!

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

     Justeru itu, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk merasa diri kita adalah hamba, yang tak mampu berbuat apa-apa dengan nikmat dan rahmat Ilahi. Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah. Mohon padanya setiap waktu agar dipermudahkan segala urusan kita. Solatlah 5 waktu itu sebagai keperluan, bukan hanya sekadar menunaikan kewajipan. Belajarlah apa-apa jurusan pun sebagai keperluan bukan sekadar ingin bergelar graduan.

     Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat. Kita tidak sepatutnya terpedaya dengan dunia yang fana, menjadi hamba dunia kerana kita adalah hamba Allah. Letakkan dunia di tangan, bukan di hati kita.

Akhir kalam, strive hard, pray harder!
Wallahu’alam.

Comment :

© 2011 Usrah Institution . All Rights Reserved.. Powered by Blogger.