Assalamua'alaikum. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu"
Fusshilat : 30
Bila bercakap tentang istiqamah istiqamah istiqamah, sebenarnya apa itu istiqamah? Istiqamah itu sebenarnya suatu darjat,yakni kedudukan yang tetap dalam sesuatu perkara. Bererti apabila kita sudah merasa selesa, dengan apa yang kita lakukan. contohnya, terasa manisnya bila dapat berdoa kat Allah, rasa lazat bila beribadah dan rasa itu kekal walaupun sedikit.Orang2 yang mencapai tahap istiqamah juga akan kukuh imannya, tenang menghadapi apa sahaja mehnah tribulasi ujian dari Allah azza wa jalla.
Sangat best kan bila dapat capai tahap tu? semestinya. Tapi, pasti, ada harga yang perlu dibayar, untuk mencapai tahap istiqamah, seseorang individu perlu melalui 2 peringkat sebelum itu iaitu i) taqwim ii) iqamah
Taqwim membawa maksud kita bermujahadah(bersungguh-sungguh) untuk mendidik nafsu,untuk melawan segala perkara yang buruk, lagha, atau yang bertentangan dgn kebaikan yang sepatutnya kita buat pada masa yang sama. Contohnya, pada kebiasaanya, malam hari adalah masa untuk kita melayari internet,Facebook,atau chat, tapi kita didik nafsu untuk datang ke majlis ilmu, ataupun membuat apa sahaja yang lebih berfaedah dari perkara2 kebiasaan kita. sentiasa mendidik nafsu untuk menjadi lebih baik dari kondisi semasa.
Iqamah pula membawa maksud, seseorang itu mula menyucikan hati dari segala sifat buruk. sifat-sifat seperti bangga diri , hasad dengki , sangka buruk , pentingkan diri sendiri adalah antara contoh terbaik sifat2 buruk yang biasa ada pada diri manusia. Langkah pertama pada tahap ini adalah CUBA untuk kenali diri kita, apakah sifat buruk kita dan usahalah bersungguh-sungguh untuk membuangnya. Cari lah method2 untuk membuang segala sifat2 buruk ini yang berlambak terdapat dalam internet, ustaz2, rakan2 yang dipercayai. tanya mereka, tidak rugi bertanya. kan?
Peringkat terakhir adalah Istiqamah iaitu kedudukan yang tetap , tak kira dari sudut keimanan, ketabahan hati , kecekalan azam. antara kunci utama bagi mengapai tahap ini adalah dengan sabar.Sabar bererti menahan diri , hati dari segala sesuatu. Untuk lebih lagi memperjelaskan sifat sabar, sabar terbahagi kepada 4 pecahan iaitu
i) Sabar dalam beribadah - cth; bila Allah campakkan rasa malas, cuba juga utk beribadah.
ii)Sabar dalam menjauhi larangan Allah - kenangkan balasan azab neraka Allah
iii)Sabar dalam berhadapan dengan tarikan dunia - dunia adalah sementara,senda gurau. akhirat selama-lamanya
iv)Sabar dalam menempuhi segala ujian Allah samada dalam bentuk ketetapan, musibah dll. - mgkin Allah mahu lihat sejauh mana kita beradab denganNya bila diuji..takkan nak puji ALlah bila senang je kan?
Sejauh mana ayat diatas dikaitkan dgn apa yang ditulis ini adalah sangat berkaitan. iaitu, jadikanlah ayat dari Allah diatas sebagai perangsang untuk kita berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai istiqamah dalam hidup. ketahuilah, bila seseorang itu sabar, tetap berusaha untuk istiqamah walau diuji dengan duit , halangan ibu bapa , kelemahan diri (cth sifat mudah lupa) , dia tetap tidak berhenti untuk mendidik diri dan menyampaikan kebaikan kepada orang lain,dengan niat yang tulus keran Allah, maka berkaitlah pada ayat diatas. yang mana sesetengah ulama' menafsirkan ayat diatas sebagai apabila individu tersebut berhadapan dgn kematian, maka malaikat akan datang kepadanya, dan membisikkan kepadanya, "janganlah kamu bimbang , janganlah kamu bersedih menghadapi kematian ini dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu"
Sesetagah ulama' juga menafsirkan, para malaikat ini akan membisikkan kepada orang yang mujahadah untuk berjuang atas nama Islam untuk Allah, "janganlah kamu bimbang , janganlah kamu bersedih.." pada ketika beliau hidup..
dan insya Allah,terasalah ketenangan dari Allah pada hati2 orang yang berusaha bersungguh-sungguh itu.
Terakhir, bila mahu istiqamah, bayangkan kesusahan-kesusahan kita didunia untuk berbuat kebajikan ini seperti , amanah yang besar, komitmen yang pelbagai dan lain2 adalah bersifat sementara jika mahu dibandingkan kesenangan yang selama-lamanya di akhirat kelak bagi orang-orang yang berjaya. tika dirimu terasa beratnya ujian, ingatlah, bahawa Allah menurunkan sedahsyat-dahsyat ujian adalah pada para rasul. jika kita sekarang menitiskan air mata, para anbiya' dahulu ada yang sampai cedera parah, mengalirkan darah segar dari badan, cth: kekasih Allah, Rasulullah SAW. Perjuangan para rasul terdahulu tidak dibentangkan dgn karpet merah, tapi kita sekarang at least boleh makan sedap lagi. ish3 mahu merungut lagi yek? (terasa2 utk diri sendiri.)
Wallahu'alam
limpahkan aku rahmat ikhlas,hindarkan aku riak bias,dalam rahman-Mu ya Allah,nikmat syukur yang indah!