Bila kita berbicara mengenai pelaksanaan ibadah yang dituntut oleh agama seperti solat berjemaah, ramai yang akan mencari pelbagai alasan untuk mengelak daripada melaksanakannya. Contohnya:
*Setiap situasi adalah berlainan bagi setiap watak.
Pelajar 1:
Saya busy nak siapkan assignment, kerja rumah, presentation dan lain-lain. Lagipun, saya tak pandai sangat. Jadi, kenalah stay up untuk revised subjek yang tak faham. Susah sikit nak bangun pagi untuk solat subuh berjemaah.
Pelajar 2:
Kalau solat kat rumah boleh jimat masa. Banyak kerja lain boleh siapkan. Kat rumah pon boleh solat berjemaah jugak kan…
Peniaga@businessman:
Kami perlu jaga bisnes kami. Kalau kami tak selia dengan baik pelanggan kami, bisnes kami akan rugi. Bukan kami ingin mengelak dari solat berjemaah yek.
Pekerja awam:
Kami bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Letih. Jadi, malam adalah waktu rehat kami. Solat kat rumah sudahlah.
Setiap daripada kita mempunyai ‘alasan kukuh’ untuk tidak melaksanakan kewajipan kita. Bagi pelajar, tugas menuntut ilmu adalah segala-galanya. Bagi seorang usahawan, tiada lagi ruang untuk menumpukan kepada perkara lain kerana bimbang bisnesnya akan terjejas. Siang dan malam mereka akan pastikan semua urusan bisnesnya berjalan lancar. Bagi penjawat awam, waktu kerja yang menuntut penggunaan tenaga sepenuhnya menyebabkan mereka memerlukan rehat yang mencukupi bagi menyambung urusan kerja pada keesokannya. Semua ‘alasan’ tersebut amat kukuh dan tersusun rapi.
Begitulah pekerjaan sepanjang-panjang hari dalam seminggu dan bulan yang kita dahulukan. Saya ingin bertanya kepada setiap daripada pembaca juga diri yang perlu sentiasa diingatkan ini, adakah solat juga lain-lain ibadah yang dituntut untuk kita melaksanakannya@ WAJIB, lebih penting dari tugasan kita di tandas?? Saya ingin membawakan satu analogi mudah, situasi bagi seorang usahawan.
Usahawan yang semakin berjaya bisnesnya, Amir(bukan nama sebenar) merupakan sahabat Yassin(bukan nama sebenar), sebelum ini solat berjemaahnya amat terjaga, namun bila bisnesnya semakin meningkat naik, semakin jarang untuk melihatnya bersama-sama Yassin dalam solat berjemaah di masjid.
Yassin yang risau akan perubahan sahabatnya itu lantas menziarahinya ke tempat bisnes. Amir menyambut kunjungan Yassin dengan baik tetapi diselaputi 1001 kerisauan yang mendalam, bimbang akan ditanya perihalnya usahanya mendekati Pencipta Yang Maha Esa. Akhirnya dia berterus terang saja dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu untuk membiarkan urusan bisnesnya diurus oleh pekerja-pekerjanya tanpa pemantauan daripadanya sendiri. Dia perlu sentiasa bersama pekerja-pekerjanya pada setiap masa.
Yassin yang bijaksana telah bertanya…”Sedang saudara memantau pekerja-pekerja saudara keluar masuk melaksanakan kerja mengikut yang disuruh, tiba-tiba perut saudara sakit dan perlu segera ke toilet bagi melegakannya, apa yang saudara akan lakukan?” Dia menjawab sudah tentu saya akan ke toilet dengan segera kerana itu adalah keperluan mendesak yang tidak boleh dikompromi…..benar sahabatku… Yassin lantas menyatakan: “Kalau demikian halnya, saudara telah menjadikan solat berjemaah juga urusan-urusan WAJIB yang diperintahkan kepada saudara ini kurang pentingnya berbanding urusan saudara ke toilet…Ke toilet saudara kata penting dan perlu…kerananya bisnes mesti ditinggalkan. Tahukah saudara yang selama ini saudara telah meletakkan urusan solat berjemaah ini lebih rendah daripada martabat urusan saudara ke bilik air/tandas????”
Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. ‘Bisnes’ yang dimaksudkan bukan sahaja berkenaan dengan usahawan tersebut sahaja, bagi seorang pelajar bisnesnya ialah urusan menuntut ilmunya, bagi penjawat awam, bisnesnya ialah tugasan kerjanya begitu juga lain-lain pekerjaan. Kita terlalu sibuk mengejar ‘bisnes’ dunia kita yang pulangannya hanyalah bersifat sementara dan meninggalkan ‘bisnes’ akhirat kita yang berkekalan sifatnya.
Mari kita lihat bagaimana Allah S.W.T. mengatakan perdagangan ataupun ‘bisnes’ yang TERBAIK di dalam Al-Quran,
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH DENGAN HARTA DAN JIWAMU. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. NISCAYA ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSAMU DAN MEMASUKKAN KAMU KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI, DAN KE TEMPAT-TEMPAT TINGGAL YANG BAIK DI DALAM SYURGA ADN. ITULAH KEMENANGAN YANG AGUNG. Dan ada lagi kurniaan yang lain yang kamu sukai iaitu PERTOLONGAN DARI ALLAH DAN KEMENANGAN YANG DEKAT(WAKTUNYA). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin”.
(As-Saff 61:10-13)
Itu adalah janji-janji Allah mengenai ‘bisnes’ yang terbaik yang terlalu ramai antara kita abaikan. Semoga sedikit perkongsian ini mampu merubah paradigm kita dalam melaksanakan prioriti utama kita sebagai MUSLIM Insya’Allah.
credit : azzariyat.com