Saturday, January 15, 2011

Itu Hanya Sedikit...



Wahai manusia fikirlah sebentar
Tenangkan minda tenangkan diri
Buangkan sebentar kesibukan dunia
Cuba kita renungi coretan ini
Percuma dari ALLAH tetapi berharga
Udara
Keperluan semua Makhluk di bumi
Tanpanya, tiada yang mampu terus hidup
Diberi percuma kepada SETIAP YANG BERGELAR MAKHLUK
Tetapi sedikit sahaja yang bersyukur
Kepada ALLAH, Penciptanya
Hujan
Juga amat berharga
Diberi percuma kepada makhluk
Menumbuhkan tumbuhan
Keperluan pelbagai haiwan
Keperluan setiap manusia
Banyak keperluannya
Tanpanya kita bermasalah
Namun, tak ramai yang menghargainya
Bahkan lagi Penciptanya
Tanah juga diberi percuma
Banyak kegunaan kepada manusia
Bercucuk tanam pelbagai tanaman
Untuk dijadikan makan manusia
Tanah yang diberi percuma oleh ALLAH
Mengeluarkan barang berharga
Emas
Perak
Intan berlian
Minyak
Dan banyak lagi daripadanya
ALLAH tidak pernah minta dibalas
Cuma taat dan taqwa
Itu sahaja pinta-Nya

Tidak terusik kalau derhaka
Tidak berkurang walau sedikit
Jika manusia ingkar pada-Nya
Jika manusia kedekut pada-Nya
Yang rugi cuma manusia
Matahari dan bulan adalah pasangan
Tetapi tidak pernah bertemu
Diberi percuma oleh ILAHI
Untuk keperluan manusia
Untuk keperluan tumbuhan
Untuk keperluan haiwan
Untuk keperluan setiap makhluk
Tumbuhan bertasbih dan bersyukur
Haiwan bertasbih dan bersyukur
Namun
Manusia
sedikit sahaja yang bersyukur
Hairan kan???
Yang tak berakal ada kelebihan
Yang ada akal tak digunakan
Wahai manusia fikirlah sebentar
Percuma dari ALLAH tapi sangat bernilai berharga
Apa tanggungjawab kita??

Comment :

© 2011 Usrah Institution . All Rights Reserved.. Powered by Blogger.