Thursday, May 26, 2011

SELAMAT DATANG FRESHIES!




Assalamualaikum w.b.t

Kami daripada pihak INSTITUSI USRAH MMU Melaka ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar pelajar baru yang bakal menimba ilmu di bumi Mmu yang tercinta ini.

Bagi pelajar-pelajar "senior" pula, di harapkan untuk membimbing adik-adik dan pelajar baru yang bakal mendaftar pada 29 Mei 2011 untuk pengambilan bulan jun. Untuk pengetahuan, pengambilan bulan Jun adalah pengambilan terbanyak bagi sesi pengajian di Multimedia Universiti.

Bagi freshie yang bakal mendaftar, kami daripada pihak Institusi Usrah amat mengalu alu kan sebarang pertanyaan berkenaan kampus, kehidupan di kampus, lecturer, online notes, sistem di Mmu dan pelbagai soalan lain.

Dan juga di harap para "senior2" Mmu sudi untuk menghulurkan bantuan kepada bakal adik adik freshie untuk membimbing mereka untuk menyesuaikan diri dengan suasana di tempat baru ini agar tiada masalah seperti "culture shock" dan sebagainya berlaku. Akhir kata, freshies: WELCOME TO MMU !!!  




Institusi Usrah,
MMU kampus Melaka

Comment :

© 2011 Usrah Institution . All Rights Reserved.. Powered by Blogger.