Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal dunia ramai dari kalangan orang-orang yang telah bertemu bermimpi dengannya, tanya mereka, “ Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?”
Jawab Zubaidah, “ Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dengan nyanyian maka dengan serta merta aku menyurh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang benar-benar aku menjaganya. Sebagai balasan Allah telah mengampunkan dosaku. Apabila datang malaikat datang hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang masih ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”