Wednesday, July 4, 2012

Ucapan Dasar Presiden Institusi Usrah Sesi 2012/2013

PEMUDA, PEJUANG DAN PELAJAR

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Sanawi kali ini. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah.

Pertamanya juga saya ingin merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t atas taklifan yang diberi dan kepercayaan dari semua komuniti Universiti Multimedia kepada saya dan khususnya barisan saff kepimpinan 2012/13. Tidak lupa juga kepada anda semua yang tidak pernah berhenti-henti memberi sokongan kepada Institusi Usrah secara langsung dan tidak langsung.

Sebagai seorang pemuda, pejuang dan pelajar adalah sesuatu perkara yang kita lihat amat besar amanahnya. Termasuklah sebagai seorang anak kepada ibu bapanya, sebagai seorang murid kepada gurunya. Namun apabila kita hayati kehidupan seorang manusia, kita inilah segala-galanya, dakwah itu perlu disampaikan kepada seluruh umat. Seperti dalam sebuah hadis (Hadis Pemimpin). Namun sahabat-sahabat sekalian, itulah hakikat seorang pemuda. Lihat sahaja Sultan Muhammad Al Fateh, Toriq bin Ziyad dan pemuda yang lainnya. Di usia muda mereka, mereka banyak menghabiskan sisa hidup untuk memperjuangkan agama Islam. Sebagai seorang pejuang serta pemimpin.

Situasinya sama seperti apabila kita di kampus, kita seorang pelajar, namun dalam masa yang sama, jangan kita lupakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak, seorang da’ie. Yang sentiasa memperingatkan diri kita sebagai seorang manusia yang sering terlupa. Firman Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran, ayat 104,

“Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang mengajak kepada kebaikan, menyeru makruf dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang berjaya”

Jadi, tidak kira lah, dari mana anda berada, siapa diri anda, itulah tanggungjawab kita sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Kitalah seorang pelajar, kitalah pejuang agama, kitalah seorang pemuda yang mungkin satu hari nanti, akan diangkat menjadi seorang pemimpin dan mentadbir Negara.

Rakan-rakan yang di hormati sekalian, dalam merialisasikan objektif Institusi Usrah bagi tampuk kepimpinan yang 2012/13, kami meletakkan 4 objektif terpenting dalam menerajuinya.

1) Memantapkan tarbiyah IU.
2) Mencetak Pemimpin yang competent dan berintegriti.
3) Akademik sebagai senjata IU
4) Berkongsi keindahan islam.

Memantapkan Tarbiyah IU.

Objektif pertama IU adalah memantapkan tarbiyah IU yang sedia ada. Pemantapan tarbiyah adalah sangat penting khususnya bagi barisan kepimpinan IU begitu juga dengan ahlinya dan komuniti di MMU. Justeru itu kami bercita-cita untuk melihat komuniti di MMU khususnya komuniti islam ini sendiri mengamalkan cara islam yang sebenar. Menyedari hakikat ini, pada tahun lepas, Tanzim Jabatan Nuqoba’ telah merangka dan penambahbaikan sistem usrah untuk memantapkan lagi sistem usrah yang sedia ada.

Dari semasa ke semasa, kami cuba untuk memantapkan melalui pemantauan Tanzim Jabatan Nuqoba’ supaya memastikan usrah tanzim, usrah-usrah kecil dan program –program tarbiyah berjalan seperti yang dirancang. Dengan ini kami mengharapkan semoga setiap perancangan dapat dijalan seperti yang dirancang khususnya dari segi pemantapan tarbiyah IU.

Mencetak Pemimpin Yang Kompetent Dan Berintegriti.

Pastinya para sahabat sekalian tertanya-tanya apa sebenarnya kompetent dan integriti. Kompetent dan integriti dalam bahasa arabnya adalah al-qawiy al-amin dalam bahasa arabnya. Dalam bahasa mudah adalah mencetak pemimpin yang bukan sahaja mempunyai kepimpinan bahkan akhlak padanya. Bagi saya pemimpin bukan hanya untuk menggerakkan organisasi dengan baik, menghasilkan program dengan berkesan, menghasilkan lebih ramai pemimpin yang berkualiti bahkan mempunyai akhlak yang seiring dengan kepimpinannya. Pemimpin yang merangkumi kompetent dan integriti inilah yang dapat menunjukkan contah dan teladan yang terbaik pada ahli-ahlinya.

Akademik Sebagai Senjata IU.

Bila disebut tentang akademik pasti semua akan fokus tentang hasilnya. Institusi Usrah sesekali tidak mengabaikan tentang kebajikan akademik para tanzim dan ahlinya. Akademik merupakan senjata utama bagi Institusi Usrah pada tahun ini dan begitu juga dengan tahun-sebelumnya. Akademik bukan sahaja dapat membantu tanzim dan ahlinya dalam menunjukkan contoh(qudwah) yang baik bahkan dapat meletakkan positif impression kepada komuniti muslim di bumi MMU. Secara tidak langsung, penekanan tentang kebajikan akademik juga dapat mengelakkan fitnah pada komuniti muslim di MMU ini. Kita sering mendengar dan melihat tentang pemasalahan yang berlaku dikalangan muslim di MMU. ditambah pula kita adalah golongan minoriti di MMU. Seharusnya kita mampu menjadi contoh pada golongan yang mijoriti kerana kita dalam jumlah yang sangat kecil.

Berkongsi Keindahan Islam.

Menyedari hakikat bahawa komuniti di MMU ini lebih kepada “non-muslim”. Kami merasakan bahawa muslim dan bukan muslim berhak untuk mengamati kehidupan islam dengan lebih mudah dan koprehensif. Ramai yang mengatakan islam itu mudah dan islam itu indah. Dengan ini kami mengambil mengambil beberapa inisiatif seperti melalui program-program yang melibatkan sekali kominiti bukan muslim, kuliah “tafaqquh fi din” iaitu yang befikrah, mmelalui media massa seperti The Raise dan website dan sebgainya supaya kita semua dapat berkongsi keindahan islam itu dengan lebih menyeluruh.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, disini kami dari barisan kepimpinan tanzim 2012/13 mengharapkan sokongan penuh dari kalian dalam merialisasikan objektif serta misi dan visi Institusi Usrah 2012/13 sepanjang tahun ini. Allah berfirman dalam surah Ar-Rad ayat 11 iaitu “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. Jelas disini bahawa tanggungjawab kita semua untuk melakukan sesuatu agar kita dapat mencapai biah solehah atau suasana islam dalam diri kita sendiri dan di bumi MMU ini.

MOHD SHAHNIZAM BIN OMAR
Presiden Institusi Usrah 2012/2013
MMU Melaka

Comment :

© 2011 Usrah Institution . All Rights Reserved.. Powered by Blogger.