Tuesday, June 5, 2012

Ucapan Pembuka Tirai Sesi Akademik 2012/2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, wa syukrulillah, dipertemukan kita sekali lagi dalam semester yang baru dan juga kalendar akademik yang baru. Diucapkan semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera setelah 2 minggu bercuti disamping keluarga tercinta. Moga kita semua dilindungi dibawah naungan Allah s.w.t.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran adik-adik kemasukan bulan Jun 2012 dengan ucapan tahniah kerana telah berjaya ke menara gading iaitu di Universiti Multimedia sama ada di Kampus Melaka mahupun di Cyberjaya. Moga dikurniakan ketabahan dan kecekalan sepanjang berada di kampus nanti.

Semester baru, Azam Baru?

Setiap awal permulaan semester , masing-masing dari kita sudah tentu sibuk dengan ‘subject registration’, pelbagai gaya ubah jadual kita lakukan, ada yang susun jadual untuk mengelakkan pertindihan kelas, ada yang menggelakkan kelas pagi, dan berbagai ragam. Dalam masa yang sama, para pelajar juga ada yang bertekad dan berazam untuk melakukan yang terbaik untuk semester yang baru.
Hakikat dari kita punyai kehendak masing-masing, namun hendaklah diselarikan dengan niat yang betul. Belajarlah kerana Allah, capailah kejayaan kerana Allah. Itulah azam yang patut ada pada diri.

Pelajar Baru?

Bagi adik-adik yang baru masuk ke alam Universiti, adik-adik perlu sentiasa berhati-hati dengan keadaan kampus dan sentiasa ‘refresh’ niat adik-adik. Berada di Universiti untuk apa? Mungkin adik-adik akan merasai satu pengalaman yang lain dari pengalaman ketika di sekolah. Di universiti adik-adik perlu menjaga diri sendiri tanpa pengawasan ayah dan ibu, namun itu tak bermakna adik-adik tak boleh berhubung dengan mereka. Hubungilah mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dapatkan juga nasihat-nasihat dari abang-abang atau kakak-kakak yang dah lama berada di kampus serta pilihlah kawan yang bermanfaat buat diri adik-adik.

Akhir kalam, semester baru ini bakal kita hadapi bersama dengan azam yang baru, belajar dari pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kejayaan itu datang dari Allah, sebagai seorang Muslim, wajib mentaati dan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Moga kita semua diberi kejayaan didunia dan akhirat. Wallahualam.

“Study Hard, Ibadah Harder!”


Mohd Shahnizam Bin Omar
Exco Biro Sukan dan Kebudayaan 2011/2012,
Institusi Usrah,
Multimedia University (Malacca Campus).

Friday, June 1, 2012

CCleaner

CCleaner adalah alat nombor satu untuk membersihkan PC Windows anda. Ia melindungi privasi anda dalam talian dan membuat komputer anda lebih cepat dan lebih selamat. Mudah untuk digunakan dan kecil, muat turun cepat.

Kegunaanya adalah untuk membersihkan PC anda seperti yang terdapat di bawah.





Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perisian ini sehingga komputer anda menyimpan terlalu banyak fail yang langsung tidak berguna dan memakan memori cakera keras komputer anda sehingga ada yang mencecah sehingga 13.6GB. Anda juga boleh menetapkan tetapan supaya perisian ini mucul pada 'Start-up' anda. Anda boleh menukar tetapan ini dengan menekan butang Options>Settings dan tandakan kotak 'Run CCleaner when the computer starts'.




Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma dan berbayar : Muat Turun CCleaner

Comment :

© 2011 Usrah Institution . All Rights Reserved.. Powered by Blogger.